Principle Analysis: An Elliott Wave Blog

USD Index Forex Elliott Wave Analysis

Elliott Wave Daily Trades

All News, Video and Posts related to TOPIC: Currencies

All News, Video and Posts related to TOPIC: Federal Reserve

Reuters: US Dollar Report

FX Path

FOREX.com's Weekly Strategy

Sunday, July 18, 2010

Apakah Yang Mempengaruhi Matawang USD ?

Apakah Yang Mempengaruhi Matawang USD ?


USD dipengaruhi oleh harga emas. Jika harga USD naik, harga emas akan jatuh, dan sebaliknya. Harga USD adalah mengikut USD Index. USD dipengaruhi oleh market saham dan bon.Ekonomi US bergantung kepada minyak yang diimport. Oleh itu,perubahan harga minyak akan memberi kesan kepada nilai USD.

Ekonomi Amerika Syarikat mempunyai keluaran dalam negara kasar (KDNK), $13.21 trilion pada 2006 .

Ia merupakan ekonomi campuran di mana perbadanan dan firma swasta lain membuat majoriti keputusan mikroekonomi sambil dikawal oleh kerajaan.

Hakikatnya, hubungan antarabangsa yang cukup luas berjaya memahat kedudukan Amerika Syarikat sebagai kuasa ekonomi dunia.

Menyedari kekuasaan ini, kebanyakkan negara didunia telah membuat simpanan matawang Amerika Syarikat dengan jumlah yang begitu banyak sekali. Cuma semenjak peristiwa 11 September, ekonomi Amerika Syarikat mulai merudum yang mengakibatkan kenaikan harga minyak dan berlakunya defisit.

AS menjalankan sistem ekonomi kapitalis campuran yang dipacu oleh sumber aslinya yang banyak, infrastruktur yang baik dan produktiviti tinggi.

Menurut Tabung Kewangan Antarabangsa, KDNK Amerika Syarikat sebanyak AS$13 trilian adalah 25.5% dari keluaran dunia kasar pada kadar pertukaran matawang dan lebih 19% dari keluaran dunia kasar pada pariti kuasa beli (PPP).

KDNK (GDP) Amerika Syarikat merupakan KNDK nasional yang terbesar di dunia tetapi kurang sedikit dari KNDK Kesatuan Eropah pada pariti kuasa beli.

Negara ini kaya dengan sumber asli seperti emas, minyak, arang batu dan uranium. Dalam bidang pertanian, AS adalah pengeluar utama jagung, gandum, gula dan tembakau.

Amerika Syarikat juga mengeluarkan kereta, kapal terbang dan barangan elektrik.

Lebih kurang 3/4 dari populasinya bekerja dalam industri perkhidmatan.

15 rakan dagang utama Amerika Syarikat adalah:

1. Kanada
2. China
3. Mexico
4. Jepun
5. Jerman
6. UK
7. Korea Selatan
8. Perancis
9. Taiwan
10. Belanda
11. Brazil
12. Malaysia
13. Itali
14. Singapura
15. Ireland

Amerika Syarikat (singkatan: A.S., nama rasminya United States of America (U.S.A.)) ialah sebuah republik persekutuan terdiri daripada lima puluh negeri dan satu daerah persekutuan.

Negara ini terletak di pertengahan benua Amerika Utara di mana terletaknya empat puluh lapan negeri dan satu daerah persekutuan berjiranan antara satu sama lain bersama-sama Washington D.C, sebuah ibu kota negara berkenaan, terletak di antara Lautan Pasifik dan Lautan Atlantik bersempadankan Kanada di utara dan Mexico di selatan.

Negeri Alaska berada di barat-laut benua tersebut, dengan Kanada di timur dan Russia di barat merentasi Selat Bering dan negeri Hawaii yang terletak di pertengahan Lautan Pasifik.

Selain itu Amerika Syarikat juga mempunyai beberapa kepulauan atau wilayah di seluruh dunia, termasuk Puerto Rico, Guam dan sebagainya.

Amerika Syarikat terbentuk dari 13 bekas koloni British selepas Revolusi Amerika dan deklarasi kemerdekaan pada tanggal 4 Julai 1776.

Pada asalnya, struktur politiknya ialah sebagai sebuah gabungan. Tetapi selepas debat yang lama dan terbentuknya Perlembagaan Amerika, koloni ini bersetuju untuk membentuk kerajaan persekutuan.

Abad ke-19 menyaksikan perkembangan AS dimerata benua Amerika Utara. Melalui paksaan, kekuatan ketenteraan dan diplomasi, AS memperolehi banyak negeri-negeri lain di dalam dan di luar negara seperti Cuba dan Filipina.

Walaupun begitu, dalam masa yang sama negara ini telah mengalami masalah sosial dalaman yang teruk.

Dalam usaha untuk mengembangkan penempatan kaum kulit putih, kaum pribumi Indian telah dijadikan mangsa.

Melalui kempen ketenteraan, pemusnahan, penyingkiran serta penempatan semula kaum pribumi Indian telah dipinggirkan.

Di sebelah selatan pula, sistem hamba abdi masih dikekalkan dan kaum kulit hitam telah didera dan diberi status kelas kedua.

Diskriminasi kaum merupakan salah satu sebab berlakunya Perang Saudara antara negeri-negeri Utara dan Selatan. Walaupun sistem hamba abdi telah dimansuhkan selepas kekalahan negeri-negeri Selatan, diskriminasi kaum terus berleluasa sehingga ke pertengahan abad ke-20.

Sewaktu era tersebut, negara ini terus maju menjadi sebuah kuasa perindustrian dan ia berterusan sehingga ke abad-20 yang dikenali sebagai Abad Kegemilangan Amerika.

Dalam abad ini pengaruh Amerika semakin meluas di arena antarabangsa dan menjadi pusat inovasi serta teknologi terunggul didunia ketika itu. Antara sumbangan teknologinya termasuklah telefon, televisyen, komputer, internet, senjata nuklear dan kapal terbang dan penerokaan angkasa lepas.

Negara ini telah mengalami beberapa pengalaman pahit seperti Perang Saudara Amerika (1861-1865) dan kemelesetan ekonomi yang teruk sewaktu Kemelesetan Besar (1929-1939) yang bukan sahaja melanda Amerika malah hampir seluruh dunia.

Pengalaman terbaru yang paling menyedihkan ialah serangan 9/11 pada 11 September 2001 di World Trade Center, New York, dimana hampir tiga ribu nyawa terkorban akibat serangan pengganas.

Dari segi sejarah, negara ini telah terlibat dalam beberapa perang dunia yang besar, dari Perang 1812 menentang British, dan berpakat pula dengan British sewaktu Perang Dunia I dan Perang Dunia II.

Era 1960an menyaksikan Amerika terlibat di dalam Perang Dingin menentang kuasa besar yang lain iaitu Kesatuan Soviet serta pengaruh komunisme.

Dalam usaha untuk membendung penularan komunisme di Asia, AS terpaksa terlibat dalam Perang di Korea, Vietnam dan terakhir sekali di Afghanistan. Selepas kejatuhan dan perpecahan Soviet, AS bangkit menjadi kuasa ekonomi dan ketenteraan yang terkuat di dunia.

Sewaktu 1990an, AS mengisyhtiharkan dirinya sebagai polis dunia dan tenteranya telah beraksi di Kosovo, Haiti, Somalia dan Liberia, dan Perang Teluk I menentang Iraq yang menceroboh Kuwait.

Selepas serangan pengganas pada 11 September, 2001 di World Trade Center dan Pentagon, AS melancarkan serangan balas ke atas Afghanistan dan menjatuhkan kerajaan Taliban di sana dan pada tahun 2003 melancarkan Perang Teluk II menentang Iraq untuk menyingkirkan regim Saddam Hussein.

Amerika Syarikat merupakan negara demokrasi berperlembagaan dengan sistem pentadbiran tiga lapisan (three-tier) dan institusi kehakiman yang bebas.

Terdapat tiga peringkat iaitu kebangsaan, negeri dan kerajaan tempatan yang mempunyai badan legislatif serta eksekutif dengan bidangkuasa yang terhad dalam sfera masing-masing.

Negara ini mengamalkan sistem persekutuan atau federalisme dimana di mana kerajaan pusat dan negeri berkongsi kuasa. Kerajaan pusat berkuasa terhadap beberapa perkara seperti pencetakan matawang Amerika serta polisi pertahanan. Namun, kerajaan negeri berkuasa menentukan hak dan undang-undang masing-masing seperti hak pengguguran bayi (abortion rights) dan hukuman maksimum dalam hal undang-undang.

Oleh kerana saiz negaranya yang amat besar, kerajaan pusat tidak mampu mengawal dan memantau kesemua 51 kerajaan negeri.

Lalu, setiap negeri mempunyai kuasa autonomi yang agak besar berbanding dengan negara-negara persekutuan yang lain seperti Malaysia.

Satu elemen yang ketara dalam kerajaan Amerika ialah doktrin pembahagian kuasa.

Artikel 1 hingga 3 Perlembagaan Amerika, telah menggariskan secara terperinci mengenai kuasa-kuasa kerajaan yang utama iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman. "Checks and Balances" atau semak dan seimbang merupakan satu ciri yang utama dalam kerajaan Amerika dan ia begitu komprehensif sehinggakan tiada satu cabang kerajaan yang mempunyai kuasa mutlak untuk mengawal cabang yang lain.

Di negara ini semua rakyat yang berusia 18 tahun ke atas berhak mengundi. Pilihan raya diadakan setiap empat tahun dan yang terakhir ialah pada bulan November 2004.


Read more: http://www.usahawanforex.com/2009/11/apakah-yang-mempengaruhi-matawang-usd_16.html#ixzz0u35c4mWT

0 comments:

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP