Bagaimana Mendapatkan Keputusan Berita Ekonomi Yang Cepat ,Pantas Setiap Hari Di Perniagaan Forex Anda Setiap Masa ?
Tips Berita Forex : Bagaimana Mendapatkan Keputusan Berita Ekonomi Yang Cepat ,Pantas Setiap Hari Di Perniagaan Forex Anda Setiap Masa ?
Secara keseluruhannya, terdapat kira-kira 60 berita-berita berkaitan ekonomi ataupun fundamental di mana berita-berita ekonomi ini dapat mempengaruhi pergerakkan matawang yang usahawan forex niagakan.
Tetapi tidak semua berita-berita ekonomi tersebut mendapat impak sepenuhnya. Ada diantaranya dapat membuat pergerakkan matawang bergerak dengan cepat dan ada sesetengahnya hanya bergerak sedikit sahaja.
Oleh itu usahawan forex harus mengetahui berita-berita yang penting dan juga tidak penting.
Berita ekonomi ataupun fundamental ini boleh di katakan ibarat Peta ataupun "Map" kepada Usahawan Forex dan kompasnya pula ialah indikator-indikator teknikal yang akan menunjukkan haluan selepas sesuatu keputusan berita telah keluar . Jadi fundamental dan juga teknikal harus seiring di dalam perniagaan Forex anda.
Untuk menjadi mahir di dalam bidang fundamental...rahsianya adalah dengan rajin membaca...dan untuk mengetahui sesuatu berita fundamental itu penting atau tidak memang memerlukan pengalaman dan pengetahuan.
Umumnya, kebanyakkan usahawan forex akan melihat berita-berita fundamental di website forex factory, daily fx ,FX Street dan selainnya. Tetapi selalunya ianya mengambil masa beberapa minit untuk mendapatkan keputusan yang sebenar dan tiada rumusan di buat selepas tu dan walaupun ada bukan masa tersebut, hanya slang sejam atau pun lebih.
Usahawan Forex juga perlu memerhatikan pasangan matawang yang diniagakan. Jika usahawan forex berniaga pasangan AUD/USD , maka cukup untuk memerhatikan berita kedua-dua negara tersebut sahaja.
Katakan jika muncul berita mengenai kenaikan suku bunga yang berasal dari Kanada misalnya, ianya tidak perlu di perhatikan dan di abaikkan sahaja kerana anda tidak berniaga matawang tersebut.
Tetapi untuk AUD usahawan forex perlu mengetahui apa yang terjadi kepada negara jirannya iaitu matawang NZD ( New Zealand ) kerana ekonomi mereka sangat mirip dan dekat antara satu sama yang lain.
Jadi di sini kita telah pun mengetahui berita -berita mana yang di perlukan dan juga yang tidak di perlukan.
Tetapi maklumat di atas tidak cukup membantu untuk usahawan forex. Bagi Usahawan Forex yang baru, selalunya akan mengalami masalah berkaitan dengan analisa fundamental kerana kurangnya pemahaman secara terperinci dari setiap pergerakkan matawang yang berlaku di pasaran dan berita ekonomi yang muncul.
Agak banyak juga saya menerima email dari sahabat-sahabat yang sudah tidak percayakan lagi dengan indikator-indikator lalu bertukar hanya berniaga melalui fundamental sahaja , tetapi masih menimbulkan masalah...kerana contohnya kadang-kadang kita kesan berita eknomi tu bersifat sementara..dan kita perlukan usahawan forex yang berbegalaman dan profesional untuk membantu kita di perniagaan forex ini...harus di ingatkan pasaran forex ni amat unik dan kita memerlukan informasi yang banyak di sini.
Tetapi masalah ini dapat di selesaikan di sini.
Contoh Berita-Berita Ekonomi yang pantas dan menerangkan keadaan market setiap detik selama 24 jam sehari dan ini banyak membantu usahawan - usahawan forex.
Tips -tips Untuk memiliki .usahawan forex boleh mendaftar percuma tanpa perlu mendepositkan sejumlah wang dan tunggu sehingga akaun anda lulus ( dapatkan no akaun nyata dan password dan kemudian usahawan forex boleh menikmati pelbagai berita - berita ekonomi yang berlaku setiap detik dan saat dan analisa berita dan juga teknikal ini di berikan oleh usahawan forex yang profesional.
( Ramai kita beranggapan...kita perlu membuka akaun nyata ni..wajib buat deposit...erm tak perlu..kita cuma perlukan no akaun nyata...dan juga password untuk mendapatkan acess sampai bila-bila ) jadi anda pun jimat ...tapi di ingatkan kena isi borang dan maklumat dengan betul dan hantarkan dokumen seperti biasa dan bila akaun dah lulus...dah tak ada masalah ..guna lah sampai bila-bila )
Cara yang sama juga boleh sahabat-sahabat buat...bila mana melihat mana -mana broker yang menawarkan perkhidmatan yang baik...buka saja akaun nyata mereka...dan tak perlu buat deposit.
Kadang- kadang kita ni malas nak mencuba..tetapi apa salahnya mencuba dan bandingkan dengan maklumat kita sebelum ini mana yang terbaik.
Pastinya anda tak perlu memikirkan masalah mendapatkan keputusan berita yang cepat berbanding forex factory di mana mereka perlu mengambil masa untuk "meng update" laman web mereka.
Untuk Cara-Cara Mendapatkannya...Sahabat-sahabat boleh memohon di sini
Selepas itu hanya menunggu akaun sahabat-sahabat lulus dan mendapatkan nombor akaun live dan password untuk access sampai bila-bila dan boleh memuatturunnya softwarenya di dalam email sahabat-sahabat kelak apabila akaun telah di luluskan.
Dan sahabat-sahabat juga boleh melihat video-video di bawah ini bagaimana trader profesional yang berpengalaman membatu kita dengan memberikan maklumat dari segi teknikal dan fundamental setiap masa tanpa henti ....
Jadi selepas ni saya harap...tak ada lagi sahabat-sahabat yang baru...nak mencari maklumat " Informer " ...maklumat dalaman ..dan sebagainya...maafkan saya sebab memang ramai kawan - kawan yang minta YM...Skype...IM dengan saya untuk belajar forex...
Bukan saya sombong atau tak nak bagi...memang saya tak buat semua tu sebab..saya juga seorang trader....Jika sahabat-sahabat dan lama berniaga di forex ini..pastinya memerlukan suasana berniaga yang tenang ...tanpa ada gangguan...sebab perniagaan yang kita buat ini melibat kan wang...kesilapan kita membuat keputusan akan merugikan kita...
Saya berada di dalam bidang ini juga baru dari tahun 2004 dan terlalu banyak yang perlu di pelajari dari hari ke hari sebab pasaran forex sangat unik...tak ada sesiapa pun yang boleh janji..market hari ni jadi apa...turun ker naik ker...semuanya terdedah kepada risiko-risiko dan sepekulasi..
Apa yang perlu kita lakukan sebagai trader ialah menimba ilmu...banyak kan membaca ..latihan setiap masa dan jangan sentiasa berada di dalam keadaan " selesa" kita juga harus bijak mengambil peluang di pasaran forex ini.
Perniagaan forex ni sangat fleksible...terpulang pada kita nak gunakan teknik apa...sebab kebanyakkan trader sudah pastinya mempunyai ilmu-ilmu berniaga secara scalper..headging dan sebagainya...dan cara - cara ini ada masanya kita perlukan dalam perniagaan kita ini. Jadi tak salah ada pelbagai strategi dan teknik...malah menguntungkan kita....kerana mempunyai pelbagai strategi.
Harus di ingatkan di sini...perniagaan forex ini juga sama seperti perniagaan yang lain...dan harus bermula dari bawah..di dalam perjalanan menuju kegagalan..pasti kita akan jumpa kegagalan...kalau jatuh cepat- cepat bangun..kecewa tu boleh....tapi kena cepat-cepat pulihkan...dan yang penting jangan tamak di sini dan sentiasa berpegang pada janji dan target kita...katakan nak mencari 20 pips sehari....so buat latihan...di mana tempat yang betul kita masuk pasaran..walaupun kadang-kadang " Entry Point " kita . Yang penting perniagaan kita konsisten dan berpanjangaan sampai bila-bila.
Read more: http://www.usahawanforex.com/2009/11/tips-berita-forex-bagaimana-mendapatkan.html#ixzz0u3FC4B5H
0 comments:
Post a Comment